Ticker

6/recent/ticker-posts

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) TAHAP 2 DILAKSANAKAN BERMULA TENGAH MALAM INI

Seperti mana yang kita ketahui, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 kini akan memasuki tahap 2 bermula tengah malam ini. Oleh itu, beberapa perkara telah dikuatkuasakan.



Berdasarkan SMS daripada pihak Majlis Keselamatan Negara, waktu operasi pengangkutan awam adalah dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi dan dari pukul 5.00 petang hingga 10 malam sahaja. Ini bermakna, operasi bas awam dijangka bermula namun dengan mempunyai tempoh had operasi. 

Seterusnya, kenderaan persendirian hanya dibenarkan untuk bergerak jam 6.00 pagi sehingga 10 malam sahaja. Ini termasuk perkhidmatan E-Hailing (Gram, Maxim dll) dan teksi persendirian. MKN juga menasihati orang ramai agar tidak keluar rumah dan hanya 1 orang untuk 1 kereta sahaja bagi kenderaan persendirian sekiranya ada urusan dan terpaksa keluar.



Waktu operasi untuk semua premis perniagaan barang keperluan termasuk pasaraya dan Pasar juga berubah iaitu bermula 8 pagi hingga 8 malam. Ini termasuklah perkhidmatan barangan keperluan, perkhidmatan penghantaran makanan dan barang keperluan, restoran (bungkus sahaja) serta stesen minyak.



Perkara lain adalah sebarang aktiviti rekreasi (jogging dan bersenam) dan aktiviti sosial adalah tidak dibenarkan di kawasan umum dan kawasan persendirian termasuk kawasan tempat tinggal yang berpagar (PPR, flat, rumah pangsapuri dan kondiminium). Sebarang aktiviti ibadah di semua rumah agama juga tidak dibenarkan.



Bersama-samalah kita patuhi segala arahan yang diberikan kerana ini adalah untuk kebaikan kita bersama. Semoga Wabak COVID-19 cepat berlalu pergi dan Perintah Kawalan Pergerakan berakhir secepat mungkin.

Untuk kemaskini tentang statisik COVID-19 di Sabah dan Tawau, boleh lihat pada PETA STATISTIK COVID-19 NEGERI SABAH. Peta ini dikemaskini setiap hari apabila statistik terbaru diumumkan secara rasmi.