There was an error in this gadget

Saturday, January 5, 2013

Dua nelayan dikhuatiri lemas perairan Batu Payung.

TAWAU - Dua nelayan dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari perahu mereka ketika memancing di perairan Batu Payung.

Awang Suhaili Sahillah, 23, dan Zulkarnain Jabir, 27, dilapor keluar memancing antara pukul 10 pagi dan 2 petang pada Jumaat.

Bapa saudara Awang Suhaili, Ahmadshah Salleh berkata dia diberitahu seorang nelayan bahawa perkara buruk mungkin menimpa anak saudaranya itu.

"Saya diberitahu bahawa salah seorang daripada mereka meminta tolong sambil melambai tangan dari dalam air. Saya dan beberapa orang lagi segera bergegas ke tempat kejadian dan hanya menemui perahu tanpa orang di atasnya," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata pihaknya yang menerima panggilan telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat, namun belum menemui kedua-duanya.

Usaha mencari turut dilakukan pihak polis, polis marin, Jabatan Pertahanan Awam serta penduduk setempat.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment