There was an error in this gadget

Friday, December 2, 2011

Gegaran Dirasai Di Sabah Ekoran Gempa Di Minahassa, Indonesia

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Penduduk sekitar Lahad Datu, Tawau dan Semporna, Sabah hari ini merasai gegaran ekoran gempa bumi sederhana yang melanda semenanjung Minahassa kira-kira 553 km dari tenggara Tawau.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut kenyataan jabatan itu, gempa bumi yang berukuran 5.8 pada skala Richter itu berlaku pada 1.19 tengah hari tadi di Minahassa, Sulawesi, Indonesia.

-- BERNAMA

1 comment:

  1. iyerr,betul..mmg sy rasa gak masa tunggu member depan maybank,Tawau..ingatkan ader lori lalu..tengok kiri kanan, xder gak..rupanya btl gempa bumi..

    ReplyDelete