Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Konsert Terbaik Dan Berjaya Yang Pernah Diadakan Di Tawau

Beberapi hari lepas, kami ada terbaca mengenai satu artikel dari akhbar online mengenai satu konsert rock yang baru lepas diadakan di Tawau. Hari ini sekali lagi kami terbaca berita tersebut di akhbar online. Kami sedikit kehairanan. Apa yang dilaporkan oleh artikel-artikel berkenaan adalah tidak sama dengan apa yang crew kami lihat pada malam konsert tersebut. Semuanya yang dilaporkan seperti jumlah penonton, sound system dan macam-macam lagi yang dilaporkan pada artikel di tersebut adalah jauh panggang dari api. Kami tidak mahu bercerita banyak mengenai konsert "lagenda" ini kerana blogger macam kami, apa yang kami tulis tidak ada siapa mahu baca dan dengar kan. Jadi, cukuplah kami yang mengetahui kisah-kisah disebalik konsert yang disifatkan berjaya tersebut. Disini, kami mahu tulis 5 konsert yang terbaik dan berjaya yang pernah diadakan di Tawau. Terbaik dan berjaya disini dari segi kehadiran penonton, sound system yang bukan bertaraf karaoke dan beberapa aspek lain seperti keselamatan yang tiada kejadian artis-lagenda-rock-dilempar-botol-kerana-pentas-failed.

5. Double Trouble - Search dan Wings.

Konsert ini agak berjaya bagi kami kerana dari segi kehadiran penonton yang agak ramai sebenarnya. Selain itu, sound system yang cukup mantap dan tiada ada insiden-insiden bodoh diantara penonton.


4. OAG Live in Tawau

Berapa ramai yang ingat OAG pernah datang ke Tawau suatu ketika dulu.?? Tidak salah kami, sekitar tahun 2004. Yes, kami peminat OAG dan kami pergi ke konsert tersebut dan penganjur memberikan kami tiket percuma. Suasana pada malam itu memang cukup hebat. Walaupun diadakan di Dewan, tapi agak berjaya kerana kehadiran penonton tidak mengecewakan. Sound system memang mantap. Persembahan Radhi dan kawan-kawannya membuatkan kami rasa sangat puas hati.

3. Metalasia 10th Anniversary Concert 

Juga diadakan di Dewan Masyarakat Tawau. Yang hadir rata-rata berpuas hati. Sound system tidak payah cakap. Menurut salah seorang rakan kami yang pergi ke konsert tersebut, Dewan Masyarakat Tawau dipenuhi dengan para rockers. Di akhir persembahan, sebagai tanda penghargaan kepada penonton, pemain gitar utama Metalasia melemparkan gitarnya kepada penonton. Cukup bertuah siapa yang dapat gitar tersebut.

2. Sure Gegar - Hujan, Meet Uncle Hussin, Aizat & Ezad Exist.

Dewan Masyarat Tawau sekali lagi penuh dengan penonton. Walaupun ada insiden penonton membeli tiket palsu, tapi kalau dari segi kehadiran penonton memang tidak mengecewakan. Satu perkara yang sangat kami puji dari pihak pengajur ialah mereka mendapatkan kerjasama dengan pihak-pihak yang tahu buat kerja. Pada malam itu, tidak ada besi penghalang antara pentas dan penonton, tapi juga tidak ada insiden-insiden bodoh kerana pihak keselamatan memang cekap dan terlatih. Kami sendiri yang hadir pada konsert tersebut menadapat tempat yang paling istimewa. Betul-betul dihadapan pentas. Kami menyaksikan kesemua artis membuat persembahan dari jarak sejengkal sahaja. Paling tidak dapat kami lupa, di akhir persembahan, Lan (MUH) membuat stage dive dihadapan kami. Awesome.!!


1. Peterpan Live In Tawau

Diadakan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau, konsert ini memang tidak ada cacat celanya. Keselamatan memang agak ketat. Sound system yang bertaraf antarabangsa. Penonton yang memenuhi segenap ruangan dan persembahan Ariel dan rakan-rakannya yang membuatkan kami tidak senang duduk. Paling hebat, kami dapat 10 tiket percuma untuk masuk ke konsert ini.

There you have it. Kalau kami ditanya mengenai konsert yang hebat, ini jawapan kami kepada maksud konsert yang terbaik dan berjaya. Setakat ini, belum ada mana-mana yang mampu mengalahkan 5 konsert ini. Bagi kami, kalau setakat nyanyi pakai minus one, itu bukan konsert. Itu cuma persembahan biasa atau karaoke. Period.

Post a Comment

0 Comments