There was an error in this gadget

Wednesday, March 9, 2011

Kira-Kira 60 Buah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Titingan, Tawau

TAWAU, 8 Mac (Bernama) -- Kira-kira 60 buah rumah, termasuk dua buah rumah kongsi 20 pintu, musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi Selasa.

Akibat kejadian itu, dianggarkan 100 penduduk hilang tempat tinggal dan tinggal sehelai sepinggang.

Timbalan Penguasa Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Mohd Zahar Abdullah berkata jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 11.58 pagi dan mengerahkan dua jentera bomba dengan 30 anggota ke lokasi kejadian.

Katanya anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira 1 tengah hari.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Mohd Zahar juga berkata pihaknya dan polis masih menyiasat kesahihan laporan kononnya dua kanak-kanak, masing-masing berumur satu dan tiga tahun, terperangkap dalam kebakaran berkenaan.

Maklumat yang diterima menyatakan kedua-dua kanak-kanak berkenaan tinggal dengan nenek mereka semasa kejadian sementara ibu bapa mereka keluar bekerja.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Tawau sudah membuka kaunter di balai raya di kawasan kampung berkenaan bagi mendaftarkan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.

-sumber bernama.

P.S : Mari kita sama-sama berdoa bumi Tawau dijauhkan dari bala bencana.

No comments:

Post a Comment