There was an error in this gadget

Friday, March 18, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Camporee Pengakap Ke 4 di Kem Tiku Tawau

Ini hari, kami mengikut rombongan dari Tawaubloggers bergerak ke Kem Tiku untuk menghadiri Majlis Penutupan Camporee Ke 4. Kami difahamkan bahawa peserta Camporee bukan sahaja dari Tawau, tetapi juga dari Kunak, Lahad Datu, Semporna dan rombongan Pramuka dari Nunukan, Indonesia.

Sesampainya kami disana, mereka sedang bersiap sedia untuk memulakan raptai penutupan. Keadaan disana sangat meriah. Walaupun dengan keadaan padang yang agak lecak akibat hujan, tapi itu bukan la penghalang.

Adik-adik dari sekolah rendah begitu semangat ketika melafazkan ikrar pengakap. Walaupun panas, tetapi semangat pengakap itu tetap ada.

Rombongan pramuka dari Nunukan, Indonesia. Difahamkan, mereka membawa peralatan sendiri seperti buluh bambu dari Sungai Nyamuk untuk digunakan ketika Camporee tersebut.

Pasukan pengakap kelana. Kepada sesiapa yang kenal awek yang berdiri disebelah lelaki berscarf hijau, sila bagitau kami kirim salam :)

Rombongan adik-adik dari SM Teknik Tawau. Tidak henti-henti mahu minta ambil gambar. Kepada yang ingin berkenalan, nama awek kecil di sebelah lelaki bertopi itu ialah Alisa.

Pasukan pramuka yang meraikan kemenangan mereka. Difahamkan, mereka menang banyak acara. Kami juga sempat merakamkan video khas persembahan dari pasukan pramuka Nunukan ini, khas untuk para pembaca kami dan Fans Tawaurian. Video tersebut akan kami paparkan lepas proses editan dan selesai di upload.

Apa yang kami nampak, sebenarnya, penganjuran Camporee seperti ini mampu mendidik generasi muda tentang semangat setia kawan dan berpasukan. Selain itu, program ini mampu membentuk disiplin yang tinggi dikalangan belia-belia muda. Kami suka motto pengakap.

Sekali pengakap, selamanya pengakap. Pengakap FTW.!!

Friday, March 11, 2011

Kebakaran Di Kg Jawa, Tawau



Minggu ini, 2 kebakaran yang telah berlaku di Tawau. Yang terbaru, di Kg Jawa. Kawasan berhadapan dengan Petronas. Tidak banyak yang dapat kami ceritakan kerana kami baru tahu cerita ini dari twitter Lisa Ali dan Tawaurian. Kami akan update setelah ada maklumat.

Ya Allah, janganlah ada bencana yang lebih teruk dari ini menimpa bumi Tawau ini. Amin.

Wednesday, March 9, 2011

Kira-Kira 60 Buah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Titingan, Tawau

TAWAU, 8 Mac (Bernama) -- Kira-kira 60 buah rumah, termasuk dua buah rumah kongsi 20 pintu, musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi Selasa.

Akibat kejadian itu, dianggarkan 100 penduduk hilang tempat tinggal dan tinggal sehelai sepinggang.

Timbalan Penguasa Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Mohd Zahar Abdullah berkata jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 11.58 pagi dan mengerahkan dua jentera bomba dengan 30 anggota ke lokasi kejadian.

Katanya anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira 1 tengah hari.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Mohd Zahar juga berkata pihaknya dan polis masih menyiasat kesahihan laporan kononnya dua kanak-kanak, masing-masing berumur satu dan tiga tahun, terperangkap dalam kebakaran berkenaan.

Maklumat yang diterima menyatakan kedua-dua kanak-kanak berkenaan tinggal dengan nenek mereka semasa kejadian sementara ibu bapa mereka keluar bekerja.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Tawau sudah membuka kaunter di balai raya di kawasan kampung berkenaan bagi mendaftarkan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.

-sumber bernama.

P.S : Mari kita sama-sama berdoa bumi Tawau dijauhkan dari bala bencana.

Monday, March 7, 2011

Tiga warga emas maut

TAWAU: Tiga warga emas termasuk seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu tiga trak pikap dan sebuah bas ekspres di Sungai Nasib Kita, Jalan Tawau-Semporna, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mereka yang terbunuh dikenali sebagai Tee Ling Huat, 65, dan Ngu Heng Dat, 73, yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux dan Ling Leh Ngik, 66, yang menaiki kenderaan berasingan tetapi daripada model sama.


Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Tee gagal dikawal lalu merempuh kenderaan dinaiki Ling sebelum sebuah lagi trak pikap jenis Isuzu D-Max gagal mengelak dan merempuh mereka.

Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari pekan ini ke Kota Kinabalu yang ketika itu mengekori sebuah kenderaan pikap itu gagal mengelak dan merempuh ketiga-tiga pikap berkenaan.

Laporan asal : Harian Metro

[Isu] Tanah Di Tawau

Hari ini, kami mendapat satu berita yang rasanya sedikit panas. FYI, kami adalah ahli kepada satu group rahsia di Tawau. Ahli didalam group itu dijemput untuk masuk dalam group tersebut. Kebanyakan ahlinya terdiri daripada mereka yang tahu banyak perkara mengenai Tawau. Hampir semua cerita, gosip, isu semasa, seperti kes orang gantung diri di kawasan besi buruk beberapa hari lepas semua ada diceritakan didalam group ini. Dan memandangkan group ini rahsia, kami tidak boleh bagitau lebih banyak mengenai perkara dan cerita rahsia yang ada didalamnya. Kebanyakan daripadanya tidak akan dicerita secara public.



Nama dan gambar terpaksa di censored untuk menjaga kerahsiaan.

Sebagaimana yang anda baca, tindakan ini adalah sangat tidak munasabah. Kami tidak dapat mengulas lebih banyak kerana masih kurang arif dengan undang-undang tanah di Sabah. Sebenarnya, ada segelintir mentaliti orang Tawau yang beranggapan bahawa dia adalah pemilik tanah.

Dibeberapa kampung, ada sesetengah orang akan buat pagar besar-besar, letak bonggol menggunakan simen tinggi-tinggi, letak pasu bunga mereka di tengah jalan semata-mata untuk menyusahkan orang lain lalu. Mereka beranggapan bahawa jalan di depan rumah mereka adalah tanah mereka. Mereka tidak mahu orang lalu.

Kami tidak boleh bagi komen lagi sebab belum fasih mengenai undang-undang tanah, tapi kami akan cuba cari. Tetapi, kami ada satu pesanan terutamanya jika ada seorang muslim dan isu yang melibatkan tanah. Ingat kita semua akan mati.

Thursday, March 3, 2011

Gudang Rombengan Tawau

Orang yang berasal dari Tawau pastinya biasa dengan istilah "Rombengan". Di semenanjung, ianya di panggil bundle. Rombengan atau bundle ini ialah tempat dimana kita boleh membeli pakaian terpakai yang datangnya dari Korea, Jepun, China, Taiwan dan USA.

Bagi sesetengah individu yang mindanya tertutup, rombengan ini ialah tempat orang yang tiada kelas kerana pakaian terpakai. Pertama, anda salah. Dan kedua, anda juga salah. Rombengan memang tempat membeli pakaian terpakai, tetapi bukan sahaja dikunjungi oleh rakyat yang berpendapatan rendah, tetapi golongan pekerja berkolar putih juga. Mungkin ramai yang tidak percaya, tapi itulah hakikatnya.

Di Tawau sahaja ada 4 tempat dimana untuk peniaga rombengan iaitu di Kawasan sabindo, Jalan Damai, Ice Box dan juga yang terbaru, di kawasan Hill Top. Tawau yang begitu kecik ini ada 4 tempat untuk menjual rombengan. Jadi, anda boleh bayangkan bagaimana sebenarnya bisnes rombengan ini. Dan kali ini kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana keadaan sebenar didalam gudang salah satu agen barangan rombengan di Tawau.







Beginilah keadaannya. Semua stok ini untuk menampung permintaan dari penjual di sekitar Tawau dan ada juga yang di ekspport ke Indonesia.

Jadi rasanya anda sudah tahu betapa besar sebenarnya perniagaan rombengan ini. Kami sebagai salah seorang peminat barangan rombengan rasa bertanggungjawab untuk menyampai mesej ini kepada yang tidak tahu dan sering memandang sinis tentang perniagaan dan barangan rombengan ini.