Ticker

6/recent/ticker-posts

Taman Tikus Tawau a.k.a Taman Sabindo



Rasanya mungkin semua orang Tawau familiar dengan tempat di atas. Tempat ini dinamakan Taman Sabindo. Tapi, orang Tawau memanggilnya Taman Tikus. Apa sebab nama Taman Tikus itu kami kurang pasti. Tapi orang lama cakap dulu ini tempat banyak Tikus. So, itu pasal dia punya tempat nama Taman Tikus.

Sekilas pandang, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku disini. Tapi sebenarnya, tempat ini sentiasa di penuhi kerana terdapat beberapa aktiviti perekonomian yang berlaku disini. Tempat makan, rombengan a.k.a bundle, tempat menjahit kasut dan deretan pelbagai jenis kedai semua berada di sini. All in one place. Tapi satu benda yang menyedihkan kami ialah tempat ini seumpama terbiar dan tidak dijaga dengan bagus.



Bagi kami, tempat ini agak kotor.



Sampah di buang merata-rata. Seperti gambar diatas. Kadang kami melihat sekiranya sampah sudah penuh, ianya dibakar disitu juga. Iya, di situ juga.



Lalang dan rumput tumbuh liar merata di kawasan ini.



Longgokkan botol-botol minuman yang terbiar. Sudah agak lama benda ini kami perasan tidak di pungut atau di uruskan dengan betul. Keadaan ini adalah bahaya kerana mampu mencederakan pejalan kaki yang lalu lintas sekiranya ada botol-botol yang pecah.



Papan tanda yang sudah lama dan agak rosak. Ini juga menjadi tempat longgokkan sampah dari orang yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, disini kami ada beberapa cadangan untuk pihak Majlis perbandaran Tawau.
  1. Sediakan tong sampah. Kami perasan tiada tong sampah di kawasan ini kecuali di lorong belakang dereta kedai dan satu tong sampah di hadapan kedai lampu berhadapan dengan tempat ini. Lebih baik, sediakan tong sampah kitar semula. Memandangkan disini banyak orang suka buang botol, tin dan plastik-plastik, maka lebih elok jika tong sampah kitar semula itu disediakan.
  2. Baik pulih tempat ini. Sistem saliran di tempat ini sudah tersumbat kerana bangunan yang tidak siap di sebelah jalan Tai Yang Supermarket. Oleh itu, adalah lebih bagus jika bangunan itu diteruskan pemibinaannya kerana tempat itu mencacatkan pemandangan. Lebih bagus, jika bangunan itu dimajukan kemudian di sewakan kepada peniaga rombengan. Nampak lebih "class" sikit.
  3. Pembersihan berskala di kawasan ini. Terutamnya pemotongan rumput. Mungkin sebulan sekali atau dua kali rumput di kawasan ini patut di potong supaya nampak lebih kemas.
  4. Bina satu landmark di kawasan ini. Dari apa yang kami dapat perhatikan, kawasan ini memang menjadi tumpuan. Maka, adalah lebih elok jika satu landmark dapat dibuat kemudian tempat ini dijadikan tempat untuk beriadah di waktu petang.
Itu antara cadangan yang dapat kami fikirkan. Lagipun, sangat sayang tempat yang kedudukannya strategik tidak di baik pulih. Apa yang penting ialah untuk menaik taraf bandar Tawau, kebersihan adalah satu faktor yang penting. Bagi kami, kempen kebersihan dan anti kutu sampah yang di jalankan oleh MPT adalah satu usaha murni. Tetapi, sekiranya kempen tanpa ada tindakan susulan adalah sesuatu yang sia-sia.

Kearah Tawau yang lebih baik. Ada cadangan lain.?? boleh kongsi di ruangan komen di bawah.

Post a Comment

3 Comments

  1. tawau is asleepy dusty town,
    bandar mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai la kau ...jangan ckap sembarangan nanti badan binasa...

      Delete
  2. masakan di Tawau sedap-sedap..terutama sekali makanan laut..

    ReplyDelete