There was an error in this gadget

Monday, February 7, 2011

Persiaran Traulsen a.k.a Highway Tawau



Sampai sekarang, kami tidak tahu kenapa orang gelarkan kawasan tepi laut Sabindo sebagai Highway Tawau. Apa mungkin sebab ianya mempunyai jalan 2 lorong dan panjang.? Tapi nama itu sinonim dengan penduduk Tawau.

Sebenarnya, nama tempat itu ialah Persiaran Traulsen. Dan tempat ini sangat sinonim dengan anak-anak muda yang suka menghabiskan masa petang untuk melihat laut dan matahari terbenam. Kepada yang tidak tahu juga, sebenarnya seluruh kawasan sabindo itu adalah tanah yang di timbun. Sebab itu kalau anda melihat kawasan di tepi highway itu, ada banyak batu-batu. Dan nama Sabindo itu adalah gabungan nama Sabah dan Indonesia.

Kawasan highway ini kebiasaannya menjadi penuh ketika malam minggu. Team-team kereta akan keluar. Ramai juga yang menjadikan tempat ini tempat ideal untuk berdating dan jika bernasib baik, anda akan melihat aksi Cardiopulmonary Resurrection disana.

3 comments:

  1. aksi Cardiopulmonary Resurrection??? hhahah, terbaek dari ldg!

    ReplyDelete
  2. ..terbaik bro...Cardiopulmonary Resurrection..hahah..

    ReplyDelete
  3. Resuscitation, bukan resurrection.

    ReplyDelete