There was an error in this gadget

Monday, February 7, 2011

Pemandu Tawau, Sila Memandu Dengan Berhemah


Kepada followers kami di twitter, petang tadi kami mencarut kepada seorang pemandu yang tidak berapa berhemah. Sebenarnya, sudah ramai pemandu jenis begini yang kami jumpa, tapi mungkin petang tadi mood tidak berapa baik, jadi kami tweetkan sekali nombor keretanya. Bukan tujuan memalukan, tapi sebagai peringatan bahawa cara anda memandu membuatkan orang lain mencarut kepada anda.

Kisahnya begini, ketika dalam perjalanan ke bandar melalui jalan Taman Semarak - Teknik, sebuah kereta tiba-tiba keluar dari simpang Kompleks Sukan dikala kami sedang memandu laju. Itu kita namakan curi jalan. Keluar dengan segera dari simpang tanpa mahu berhenti. Itu bukan masalahnya walaupun keluar dari simpang secara tiba-tiba itu satu kesahalan. Tetapi, kalau sudah keluar simpang secara tiba-tiba lepas itu bawa kereta macam slow, kereta dibelakang yang dipandu laju akan menekan brek secara tiba-tiba dan itu akan membuatkan auto-mencarut kepada pemandu di belakang.

Kesimpulannya, kalau kau mau curi jalan keluar dari simpang, tapi kemudian bawa kereta slow, maka jangan salahkan orang dibelakang kalau kau dilanggar kerana kenderaan dibelakang tidak sempat break. Kalau sempat break, maka kamu akan di maki sehabis banyak. Jadi, sila memandu dengan berhemah dan berhenti ketika di simpang. Jangan jadi mangsa carutan kami lagi. Ok.??

Lepas ni kami akan tweet setiap nombor plate kenderaan yang bawa kereta secara tidak berhemah. Kami juga tidak ada masalah anda menge-tweet nombor plat kereta kami sekiranya kami juga memandu secara tidak berhemah. Hey, what goes around come around rite.??

P.S : Follow kami di twitter untuk updates secara masa nyata - Tawauonline

No comments:

Post a Comment