There was an error in this gadget

Monday, January 31, 2011

Tawau Kini ada 3G.



Satu berita baik yang sangat di tunggu-tunggu oleh pengguna Digi di Tawau ialah 3G. Kini, Sudah ada 3G network di Tawau. Sekarang tunggu video call pulak.



P/S : cuba untuk membuat post dari handphone, tapi gagal. Ok, nanti cuba lagi.

Sunday, January 30, 2011

Kisah 3A seringgit.

Itu hari, orang ada cakap. Sekarang orang paling banyak cari duit satu ringgit yang ada 3 A pada nombor siri. Menurut ceritanya, bank sanggup beli dengan harga yang tinggi untuk sekeping duit yang 3A ini. Ceritanya lagi, banyak orang cari dan sanggup beli duit satu ringgit yang ada 3 A pada nombor sirinya.

Untuk sekeping duit seringgit yang mempunyai 3 A, bank akan bayar kita RM 250. Dan orang perseorangan pula sanggup beli dengar harga RM 200.



Soalnya sekarang, aku ada 11 keping duit seringgit yang mempunyai 3 A pada nombor sirinya. Kalau ada oragn mau beli semua sekali, maknanya nilainya ialah RM 2200. Tetapi, betul kah orang mahu beli dan sanggup bayar macam dalam cerita yang aku dengar.?? Kalau ada aku rasa lebih bagus aku kerja kumpul duit 3 A sahaja. Banyak untung maaa...

Berpindah ke Blogspot.

Ok, tumblr selalu down. Aku pening kepala lalu malas mau update dengan cerita dan gosip-gosip hangat dari Tawau. Sebab itu blog somewhereintawau.tumblr.com tidak berupdate sekian lama. Last-last, aku pikir lebih bagus tukar ke blogspot. Jadi sekarang aku pakai blogspot. Dan blog lama di tumblr tidak akan dipadam dan dijadikan archive. Oh yeahhh.

p/s : lepas ini semoga aku akan lebih rajin updates. Ok.?? :)