There was an error in this gadget

Saturday, December 17, 2011

Konsert Sure Gegar 2009 - Pengalaman Kami.

Tahun 2009, waktu itu blog ini belum ada. Kami ke konsert Sure Gegar bersama Team Tawaubloggers. Konsert yang pada kami berjaya mengegarkan Dewan Masyarakat Tawau itu menjadi salah satu penanda aras untuk sound sistem sesuatu konsert itu. Bagi kami, sound sistem yang digunakan pada konsert itu memang power.

Layan sedikit gambar yang kami ambil dari blog Tawaubloggers.





Jadi, kepada yang terlepas konsert sure gegar ini, pastikan anda tidak terlepas konsert yang kami boleh cakap konsert terbesar untuk 2011 yang pernah diadakan di Tawau.

Thursday, December 15, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search - Fiesta Tawau Gemilang 2011

Sebelum kita bermula dengan Fiesta Tawau Gemilang 2011, ada sedikit artikel yang menarik perhatian kami dari Harian Metro online disini. Point utama yang kami tetarik ialah konsert search jelajah borneo (Tawau & Kuching) yang menelan ANGGARAN kos RM1.3juta. Bila Search dan RM1.3juta, kami pasti pihak penganjur akan mendapatkan sound system, stage serta lightning yang terbaik. Dan untuk makluman anda, ini bukan konsert bertaraf minus one. Jadi anda boleh sudah meletakkan pada persembahan mantap Search malam konsert nanti. Jujurnya, kami sangat teruja.!

Ok, Fiesta Tawau Gemilang 2011 ini akan berlangsung pada 24 December. Ianya pegisian di pagi hari. Banyak aktiviti yang akan di adakan yang akan menghangatkan lagi 24 December anda.

Aktiviti sebelah siang.
Fiesta Tawau Gemilang 2011
Lokasi : Perkarangan Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.
Tarikh : 24 Disember 2011.
Hari : Sabtu.
Masa : 9 Pagi hingga 5 Petang.
Aktiviti : Search Idol, Tiru Gaya Search, Autoshow (Kereta, Motosikal, Lori, Basikal), Sound Blast, Persembahan Kebudayaan dan Tarian Moden, Pameran dan Jualan Produk Tempatan.

Aktiviti sebelah malam.
Konsert Fenomena 30 Tahun Search
Lokasi : Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.
Tarikh : 24 Disember 2011.
Hari : Sabtu
Masa : 7 Malam hingga 11 Malam.
Artis : Stacy dan artis penari (artis persembahan pembukaan). Kumpulan Search.

Jadi, sekiranya anda datang awal dan tidak tahu mahu kemana, datang ke Fiesta Tawau Gemilang 2011 dan berkenalan dengan kami. Ok.??

Sunday, December 11, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search - Tiket, Promotion and Ready to Rock and Roll

Sedikit agak panjang tajuk, tapi itu bukan persoalan utama. Soalannya ialah, dimana mau beli itu tiket bro.?? Sebelum kami jawab persoalan itu, mari kita tengok rupa bentuk tiket itu macam mana dulu.



Kalau anda semua beli tiket yang original, beginilah rupa bentuknya. Tiket ini di lengkapi dengan beberapa ciri keselamatan. To be honest, kami sendiri belum sempat pergi membelek-belek tiket ini, tapi menurut maklumat pengajur, tiket ini tidak boleh di tiru/copy.


Ini pula keadaan belakang tiket tersebut. Ada beberapa perkara yang perlu anda patuhi. Yang paling penting ialah point nombor 7. No photography, audio or video recording allowed into the venue. Pastikan anda mematuhi peraturan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Apa pun, anda boleh mendapatkan tiket dari authorized seller yang berikut.

(TAWAU)
Tawaunet - West Point Complex
Kak Midah Café - Air Panas
Kak Ruga Café - Sabindo Squere
Arena Café - Jalan Masjid
Wealthy Empire Management - Jalan Masjid
Kedai Runcit Hidayat - Tg Batu
MD Communication - Wisma Wakaf
Demi Pasific S/B - Pasar Tawau
AA Communication - Pasar Tawau
Nur Telekomunikasi - Pasar Tawau
Andyana - Bus Station
FPM Communication - Bus Station
Perniagaan Sin Lee - Bus Station
West Mobile - Bus Station
CCM Communication - Fajar
BB Mobile - Jalan Belian
Kedai Hello Communication- Merotai
My Mobile Workshop - Felda Umas
RH Communication - Kalabakan

(KUNAK)
F1 Communication - Kunak Plaza

(SEMPORNA)
Lam Collection - Semporna

(SANDAKAN)
Southern Teleshop - Bandar Sandakan
Magic Colour Foto - Bandar Sandakan
Smart Com Teleshop - Pasar
City Enterprise - Sibuga
3G Mobile - Menara MPS

(LAHAD DATU)
CK Mobile Sedco - Sedco Shophse
CK Mobile Perdana Town - Perdana Town
JC Phone Shop - Fajar
Hup Fatt - Jln Kastam

Dari pemerhatian kami juga, promosi sedang giat berlangsung kerana sudah ada banner dan bunting di sekitar bandar Tawau.




Maaf kualiti gambar agak kabur kerana kami tiada DSLR. Ada mau sponsor mungkin.?? Apa pun, kami sudah bersiap sedia dan jika tiada aral melintang, kami akan ke konsert Fenomena 30 Tahun Search dan bersiaran langsung dari sana melalui twitter kami @tawauonline.

Sunday, December 4, 2011

Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011


Kami sedikit excited hari ini. Apa tidaknya, email yang selama ini kami tunggu telah berkunjung tiba. Ya, kami akan ke konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011 sebagai blogger dan menggunakan pas blogger. Kalau anda pernah membaca 5 konsert terbaik pernah diadakan di Tawau, Double Trouble (Search & Wings) kami letakkan di tangga ke 5 berdasarkan pemerhatian kami tapi Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011 bagi kami akan menjadi konsert of the year.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Search menjejakkan kaki ke Tawau. Lama dahulu, sudah beberapa kami Search berjaya membuat konsert di Tawau. Mungkin atas dasar Tawau yang terkenal dengan imej para rockersnya maka Search memilih Tawau sekali lagi sempena konsert yang istimewa ini. Seingat kami, Search sudah menjejakkan kaki ke Tawau lama sebelum adanya blog ini. Sekitar tahun 2004, Search pernah datang untuk mengegarkan Dewan Masyarakat Tawau. Dengar cerita, rockers dari seluruh pelusuk Tawau dan daerah sekitarnya telah datang dan memenuhi segenap ruang Dewan Masyarakat Tawau. Kalau ada yang masih ingat, Search juga pernah menerima undangan untuk membuat persembahan di Funfair sekitar tahun yang sama. Bila saja dengar Search buat show di funfair, kami pasti tokey funfair tidur sangat lena malam itu kerana sambutan dari para rockers yang datang untuk menyaksikan persembahan mereka. 2010, Search datang lagi dan kali ini bersama dengan Wings pada siri konsert Double Trouble. Kali ini, venue konsert ialah di Kompleks Sukan Tawau membuatkan para peminat merasa lebih selesa kerana tempat yang lebih luas.

Tapi itu cerita lama tentang Search dan konsert mereka Di Tawau. 2011, 24 Disember sekali lagi di Kompleks Sukan Tawau Search akan meraikan ulang tahun mereka yang ke 30. Kami sebenarnya sangat berminat dengan Amy Search. Bab kata sahabat kami dari Indo, gue itu nge-fan banget ama Amy, begitulah perasaan kami. Bagi kami, karekter Amy memang sudah sebati dengan nama Search. Dan kami mau jumpa Amy Search, ambil gambar 10-20 keping dengan dia boleh.????

Apa yang kami harapkan ialah segala perancangan pihak penganjur (Rockstar Entertainment & Universal Credential  SDN BHD ) akan berjalan dengan lancar. Kami pasti pihak penganjur sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan segala dan kami cuma boleh memberi sokongan moral kepada mereka. Yang pasti, Konsert Fenomena 30 Tahun Search Tawau 2011 will be concert of the year dan bukannya konsert indah khabar dari rupa seperti konsert langenda. Oopsss...Terlebih sudah.!!!

Friday, December 2, 2011

Gegaran Dirasai Di Sabah Ekoran Gempa Di Minahassa, Indonesia

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Penduduk sekitar Lahad Datu, Tawau dan Semporna, Sabah hari ini merasai gegaran ekoran gempa bumi sederhana yang melanda semenanjung Minahassa kira-kira 553 km dari tenggara Tawau.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut kenyataan jabatan itu, gempa bumi yang berukuran 5.8 pada skala Richter itu berlaku pada 1.19 tengah hari tadi di Minahassa, Sulawesi, Indonesia.

-- BERNAMA

Monday, October 31, 2011

Kereta api rempuh lori tangki dekat Kota Kinabalu


KOTA KINABALU: Sebuah kereta api dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru ke Papar merempuh sebuah lori tangki di lintasan berhampiran sebuah stesen minyak di Petagas dekat sini petang tadi.

Kejadian kira-kira 5.30 petang tadi itu menyebabkan letupan kuat dan sekurang-kurangnya enam orang cedera dengan pemandu lori tangki berkenaan patah kaki.
Asap tebal akibat letupan itu boleh dilihat dari jarak sehingga lima kilometer.

Berikutan rempuhan itu, kereta api dan lori tangki berkenaan melekat dan masih berada di landasan.

Sumber berita : Berita Harian.
Gambar : @KKCITY

Lets #PrayforKK

Wednesday, October 12, 2011

5 Konsert Terbaik Dan Berjaya Yang Pernah Diadakan Di Tawau

Beberapi hari lepas, kami ada terbaca mengenai satu artikel dari akhbar online mengenai satu konsert rock yang baru lepas diadakan di Tawau. Hari ini sekali lagi kami terbaca berita tersebut di akhbar online. Kami sedikit kehairanan. Apa yang dilaporkan oleh artikel-artikel berkenaan adalah tidak sama dengan apa yang crew kami lihat pada malam konsert tersebut. Semuanya yang dilaporkan seperti jumlah penonton, sound system dan macam-macam lagi yang dilaporkan pada artikel di tersebut adalah jauh panggang dari api. Kami tidak mahu bercerita banyak mengenai konsert "lagenda" ini kerana blogger macam kami, apa yang kami tulis tidak ada siapa mahu baca dan dengar kan. Jadi, cukuplah kami yang mengetahui kisah-kisah disebalik konsert yang disifatkan berjaya tersebut. Disini, kami mahu tulis 5 konsert yang terbaik dan berjaya yang pernah diadakan di Tawau. Terbaik dan berjaya disini dari segi kehadiran penonton, sound system yang bukan bertaraf karaoke dan beberapa aspek lain seperti keselamatan yang tiada kejadian artis-lagenda-rock-dilempar-botol-kerana-pentas-failed.

5. Double Trouble - Search dan Wings.

Konsert ini agak berjaya bagi kami kerana dari segi kehadiran penonton yang agak ramai sebenarnya. Selain itu, sound system yang cukup mantap dan tiada ada insiden-insiden bodoh diantara penonton.


4. OAG Live in Tawau

Berapa ramai yang ingat OAG pernah datang ke Tawau suatu ketika dulu.?? Tidak salah kami, sekitar tahun 2004. Yes, kami peminat OAG dan kami pergi ke konsert tersebut dan penganjur memberikan kami tiket percuma. Suasana pada malam itu memang cukup hebat. Walaupun diadakan di Dewan, tapi agak berjaya kerana kehadiran penonton tidak mengecewakan. Sound system memang mantap. Persembahan Radhi dan kawan-kawannya membuatkan kami rasa sangat puas hati.

3. Metalasia 10th Anniversary Concert 

Juga diadakan di Dewan Masyarakat Tawau. Yang hadir rata-rata berpuas hati. Sound system tidak payah cakap. Menurut salah seorang rakan kami yang pergi ke konsert tersebut, Dewan Masyarakat Tawau dipenuhi dengan para rockers. Di akhir persembahan, sebagai tanda penghargaan kepada penonton, pemain gitar utama Metalasia melemparkan gitarnya kepada penonton. Cukup bertuah siapa yang dapat gitar tersebut.

2. Sure Gegar - Hujan, Meet Uncle Hussin, Aizat & Ezad Exist.

Dewan Masyarat Tawau sekali lagi penuh dengan penonton. Walaupun ada insiden penonton membeli tiket palsu, tapi kalau dari segi kehadiran penonton memang tidak mengecewakan. Satu perkara yang sangat kami puji dari pihak pengajur ialah mereka mendapatkan kerjasama dengan pihak-pihak yang tahu buat kerja. Pada malam itu, tidak ada besi penghalang antara pentas dan penonton, tapi juga tidak ada insiden-insiden bodoh kerana pihak keselamatan memang cekap dan terlatih. Kami sendiri yang hadir pada konsert tersebut menadapat tempat yang paling istimewa. Betul-betul dihadapan pentas. Kami menyaksikan kesemua artis membuat persembahan dari jarak sejengkal sahaja. Paling tidak dapat kami lupa, di akhir persembahan, Lan (MUH) membuat stage dive dihadapan kami. Awesome.!!


1. Peterpan Live In Tawau

Diadakan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau, konsert ini memang tidak ada cacat celanya. Keselamatan memang agak ketat. Sound system yang bertaraf antarabangsa. Penonton yang memenuhi segenap ruangan dan persembahan Ariel dan rakan-rakannya yang membuatkan kami tidak senang duduk. Paling hebat, kami dapat 10 tiket percuma untuk masuk ke konsert ini.

There you have it. Kalau kami ditanya mengenai konsert yang hebat, ini jawapan kami kepada maksud konsert yang terbaik dan berjaya. Setakat ini, belum ada mana-mana yang mampu mengalahkan 5 konsert ini. Bagi kami, kalau setakat nyanyi pakai minus one, itu bukan konsert. Itu cuma persembahan biasa atau karaoke. Period.

Sunday, October 9, 2011

Perkhidmatan Bas Espress Tawau - KK

Macam agak lama kami tidak update. Sepatutnya, kami mahu update pasal Konsert Lagenda Rock yang baru diadakan pada 1 Oktober lepas. Tapi, terlalu banyak kecacatan yang kami lihat membuatkan kami tidak mahu menulis sesuatu yang akan menyinggung pihak pengajur. Apa pun, kita lupakan Konsert yang lebih kepada taraf karaoke itu dan tumpukan ke sesuatu yang lebih penting.

Minggu lepas, kami sempat menggunakan perkhidmatan bas ekspress Tawau - KK kerana ada urusan kerja di Kota Kinabalu. Sudah lama sebenarnya kami ingin menulis pasal perkhidmatan ini. Kali terakhir kami menggunakan perkhidmatan ini ialah pada bulan Jun tahun ini. Sebelum itu, hampir 6-7 tahun juga kami tidak naik bas Tawau - KK.

Secara keseluruhannya, banyak peningkatan yang ketara dapat kami lihat terutamanya dari segi bas itu sendiri. Hampir semua syarikat pengangkutan mempunyai bas baru dan itu sesuatu yang sangat baik. Namun begitu ada beberapa kelemahan kecil yang kami rasa boleh diperbaiki seperti tambang yang selaras untuk setiap masa. Ini kerana, pada musim perayaan, kadar tambang akan dinaikkan sehingga ke RM 71. Selain itu, kenapa tidak semua pengusaha bas ekspress ini bekerjasama untuk membina satu hentian pertengahan jalan yang lebih selesa. Ada satu tempat perhentian yang dimiliki oleh sebuah pengusaha bas ekspress di sekitar simpang tiga Sandakan, tandasnya sedikit tidak selamat dengan pintu yang berlubang dan air yang keruh. Ini menyebabkan kami tidak rasa selesa untuk membuang air besar mahupun kecil kerana takut diintai oleh orang lain. heh. Rasanya, tidak salah jika para pengusaha bas ekspress bekerjasama untuk mewujudkan satu hentian khas yang lebih selesa dan moden. Situasi menang-menang.!

Apa pun, kami agak berpuas hati dengan perkhidmatan bas ekspress di Tawau kerana ada banyak peningkatan berbanding beberapa tahun dahulu. Sekarang, mari kita sama-sama berdoa supaya jalan Kalabakan - Keningau dapat disiapkan dengan lebih cepat supaya jarak perjalanan antara Tawau - KK akan menjadi lebih pendek. Duduk 8 jam dalam bas boleh membuatkan bontot berdarah.


Thursday, September 22, 2011

Konsert Lagenda Rock Tawau 2011

Rasanya, ini bukan berita baru kan. Semua orang sudah tahun 4 orang artis rock akan datang ke Tawau. Iya, Asheed (Def Gab C), Mus (May), Bandi (Amuk) dan ratu rock tanah air kita, Ella akan mengadakan persembahan di Kompleks Sukan Tawau pada 1 Oktober 2011. Jujurnya, kami memang excited.

Beberapa hari lepas, berlangsung sidang media untuk konsert tersebut di hadapan Bangunan MARA Tawau. To be honest, pemilihan tempat rasanya macam tidak sesuai. But, on the other side, tempat itu memang kawasan tumpuan which make a good publicity. Either way, bagi kami sidang media itu berjaya menarik perhatian kami.

Antara yang menarik perhatian kami pada sidang media itu ialah Point Band, dan Sound System konsert.

Point band adalah opening band untuk konsert tersebut. Selain itu, Point Band juga akan mengiringi persembahan Asheed, Mus dan Bandi. Ok, sebuah band band baru akan mengiringi 3 lagenda rock. Kami sedikit pesimis, mampukah Point Band melakukannya. Menurut penganjur, 2 lagu dari setiap 3 artis tersebut akan dinyanyikan secara live. Ketiga-tiga artis ini memang membawakan muzik rock, tapi rasanya susunan muzik antara ketiga kumpulan ini mungkin ada perbezaan dan konsep muzik Point Band pula adalah jauh sekali dari rock. Apa yang kami nampak ialah konsert ini akan memberikan gambaran sejauh mana kehebatan Point Band pada masa akan datang.Let's pray the best for them.

Pada hari itu juga, pihak penganjur, Mustwin Ventures Sdn. Bhd dan Nova Music mengatakan akan menggunakan sound system yang canggih. Sebanyak 40 speaker akan digunakan. Tidak ada keterangan lanjut mengenai perkara ini selain itu. Kami harap, sound system yang digunakan boleh menyamai atau malah lebih hebat dari sound system yang digunakan ketika konsert Peterpan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau dulu. Penonton yang hadir pada malam konsert itu nyata puas hati dengan sound system yang rasanya menggegarkan jantung. Tidak seperti sound system Konsert Double Trouble pada tahun lepas yang dengar khabarnya sedikit hampeh.

Apa yang kami harapkan ialah konsert ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah dan kacau bilau. Selepas mendengar briefing mengenai perjalanan konsert ini, kami agak berpuas hati dengan segala persiapan yang dilakukan oleh pihak pengajur. Jadi, jangan lupa untuk ramai-ramai turun ke Kompleks Sukan Tawau pada 1 Oktober 2011. Jumpa kami disana. Heh!!

Saturday, August 20, 2011

Khemah Jualan Di Jalan Raya : Wajar Atau Tidak

Satu isu yang menarik perhatian kami sebentar tadi ialah mengenai sebuah kedai yang secara sengaja meletakkan khemah jualan di atas jalan raya.



Gambar dan isu ini kami ambil dari Facebook Tawaurian. Memandangkan sekarang, bandar Tawau sudah mulai "jammed", tindakan ini bagi kami sangat tidak wajar kerana ini akan menyumbangkan lagi kepada kesesaka lalu lintas. Lokasi ini ialah jalan menuju ke Pasar Besar Tawau dari stesen lama bas Apas seperti yang kita sedia maklum memang sesak pada waktu puncak. Bagi kami, sikap sebegini lebih kepada mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesannya kepada komuniti dan pengguna. MPT, sila angkut khemah serta barangan jualan kedai ini.!!

Wednesday, August 3, 2011

Ramli Sarip Live In Tawau

Kemaskini yang agak lambat rasanya. Dan sebelum itu, tidak terlambat untuk kami katakan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk warga Tawau sekalian alam tidak kira dimana anda berada. Ok, kepada yang sempat menghadiri acara Juara Rakyat UMNO Tawau pada 30 Julai lepas di dataran MPT, pasti tidak boleh lupa dengan Ramli Sarip. Iya, papa rock kita datang ke Tawau untuk membuat persembahan dihadapan Ketua Menteri Sabah, Barisan VIP dan ribuan penduduk Tawau yang hadir pada malam itu.

Kami juga sempat merakam persembahan satu lagu pada malam itu, Tapi atas alasan internet slow, kami tidak upload dulu. ehehehe.



Tidak keterlaluan kalau kami katakan persembahan malam itu memang awesome gila. Ramli Sarip memberikan satu persembahan yang sangat mantap. Paling meletup apabila lagu Kamelia, menjadi lagu penutup persembahan beliau pada malam itu membuatkan penonton yang ada pada malam itu menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.

Persembahan malam itu juga diserikan dengan 2 orang lagi artis iaitu seorang artis tempatan yang kami tidak berapa ingat namanya dan Salma, Juara Mentor 5 manakala pengacara yang berjaya membuatkan kami ROFL ialah si ampal.

P.s : Dengar khabar bulan 10 ni ada konsert lagenda rock di Tawau. Excited.

Tuesday, July 26, 2011

Pusat Jualan Borong dan Runcit Felda Trading Sdn Bhd.

Kepada yang selalu menggunakan Jalan Univilla, pasti perasan beberapa hari ini, ada banyak banner dan bunting pasal perasmian Pusat Jualan Borong dan Runcit Felda Trading Sdn Bhd. Hari ini, berlangsung Majlis perasmian Pusat Jualan Borong dan Runcit Felda Trading Sdn Bhd yang telah di sempurnakan oleh ADUN N59 Tg Batu, Datuk HJH Hamisah Samat.










Ini satu perkembangan yang bagus kerana lebih banyak pusat jualan seperti ini dibuka akan memudahkan para pelanggan. Lepas ini, tidak perlu bersesak ke gudang Ice box kerana ada alternatif lain.

Kredit gambar dari Facebook Tawaurian.

Big Apple Dounut In Tawau

Satu berita yang rasanya, kami, kamu, kamu dan kamu semua tunggu-tunggu. Persoalannya ialah bila Big Apple Donut & Cofee akan di buka di Tawau.??

Ini adalah pengumuman Rasmi dari Big Apple Donut sendiri.



Big Apple Donut & Coffee Cawangan Tawau akan dibuka pada 29th July 2011 bersebelahan dengan Hotel King Park. Ok, sangat excited. Lepas ini tidak perlu pesan Big Apple Donut daripada kawan yang berada di KK dan mau balik Tawau. Boleh turun ke bandar dan beli.

Friday, July 22, 2011

Kami Kembali

Selepas berhiatus panjang dan memikirkan beberapa perkara, kami mengambil keputusan untuk meneruskan update di blog ini. Walaupun banyak acara yang kami terlepas seperti Program Suara Tawau untuk 1 Malaysia, Projek Pistol Live in TAwau, Deg Gab C live in Tawau serta yang terbaru, kami berpeluang untuk berjumpa dengan Nas Ahmad, itu bukan masalah. Selepas ini, kami akan bawakan lebih banyak cerita, berita dan kisah-kisah dari Tawau. Stay tuned.!!

Tuesday, April 5, 2011

Sedang Hiatus

Kami sedang berhiatus sebenarnya. Tetapi, kami masih aktif di twitter. Jadi, follow kami di twitter untuk mendapatkan #gosiptawau setiap hari.

Until further updates, we're on Hiatus.

Friday, March 18, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Camporee Pengakap Ke 4 di Kem Tiku Tawau

Ini hari, kami mengikut rombongan dari Tawaubloggers bergerak ke Kem Tiku untuk menghadiri Majlis Penutupan Camporee Ke 4. Kami difahamkan bahawa peserta Camporee bukan sahaja dari Tawau, tetapi juga dari Kunak, Lahad Datu, Semporna dan rombongan Pramuka dari Nunukan, Indonesia.

Sesampainya kami disana, mereka sedang bersiap sedia untuk memulakan raptai penutupan. Keadaan disana sangat meriah. Walaupun dengan keadaan padang yang agak lecak akibat hujan, tapi itu bukan la penghalang.

Adik-adik dari sekolah rendah begitu semangat ketika melafazkan ikrar pengakap. Walaupun panas, tetapi semangat pengakap itu tetap ada.

Rombongan pramuka dari Nunukan, Indonesia. Difahamkan, mereka membawa peralatan sendiri seperti buluh bambu dari Sungai Nyamuk untuk digunakan ketika Camporee tersebut.

Pasukan pengakap kelana. Kepada sesiapa yang kenal awek yang berdiri disebelah lelaki berscarf hijau, sila bagitau kami kirim salam :)

Rombongan adik-adik dari SM Teknik Tawau. Tidak henti-henti mahu minta ambil gambar. Kepada yang ingin berkenalan, nama awek kecil di sebelah lelaki bertopi itu ialah Alisa.

Pasukan pramuka yang meraikan kemenangan mereka. Difahamkan, mereka menang banyak acara. Kami juga sempat merakamkan video khas persembahan dari pasukan pramuka Nunukan ini, khas untuk para pembaca kami dan Fans Tawaurian. Video tersebut akan kami paparkan lepas proses editan dan selesai di upload.

Apa yang kami nampak, sebenarnya, penganjuran Camporee seperti ini mampu mendidik generasi muda tentang semangat setia kawan dan berpasukan. Selain itu, program ini mampu membentuk disiplin yang tinggi dikalangan belia-belia muda. Kami suka motto pengakap.

Sekali pengakap, selamanya pengakap. Pengakap FTW.!!

Friday, March 11, 2011

Kebakaran Di Kg Jawa, Tawau



Minggu ini, 2 kebakaran yang telah berlaku di Tawau. Yang terbaru, di Kg Jawa. Kawasan berhadapan dengan Petronas. Tidak banyak yang dapat kami ceritakan kerana kami baru tahu cerita ini dari twitter Lisa Ali dan Tawaurian. Kami akan update setelah ada maklumat.

Ya Allah, janganlah ada bencana yang lebih teruk dari ini menimpa bumi Tawau ini. Amin.

Wednesday, March 9, 2011

Kira-Kira 60 Buah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Titingan, Tawau

TAWAU, 8 Mac (Bernama) -- Kira-kira 60 buah rumah, termasuk dua buah rumah kongsi 20 pintu, musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan yang berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi Selasa.

Akibat kejadian itu, dianggarkan 100 penduduk hilang tempat tinggal dan tinggal sehelai sepinggang.

Timbalan Penguasa Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Mohd Zahar Abdullah berkata jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 11.58 pagi dan mengerahkan dua jentera bomba dengan 30 anggota ke lokasi kejadian.

Katanya anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira 1 tengah hari.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Mohd Zahar juga berkata pihaknya dan polis masih menyiasat kesahihan laporan kononnya dua kanak-kanak, masing-masing berumur satu dan tiga tahun, terperangkap dalam kebakaran berkenaan.

Maklumat yang diterima menyatakan kedua-dua kanak-kanak berkenaan tinggal dengan nenek mereka semasa kejadian sementara ibu bapa mereka keluar bekerja.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Tawau sudah membuka kaunter di balai raya di kawasan kampung berkenaan bagi mendaftarkan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.

-sumber bernama.

P.S : Mari kita sama-sama berdoa bumi Tawau dijauhkan dari bala bencana.

Monday, March 7, 2011

Tiga warga emas maut

TAWAU: Tiga warga emas termasuk seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu tiga trak pikap dan sebuah bas ekspres di Sungai Nasib Kita, Jalan Tawau-Semporna, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mereka yang terbunuh dikenali sebagai Tee Ling Huat, 65, dan Ngu Heng Dat, 73, yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux dan Ling Leh Ngik, 66, yang menaiki kenderaan berasingan tetapi daripada model sama.


Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Tee gagal dikawal lalu merempuh kenderaan dinaiki Ling sebelum sebuah lagi trak pikap jenis Isuzu D-Max gagal mengelak dan merempuh mereka.

Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari pekan ini ke Kota Kinabalu yang ketika itu mengekori sebuah kenderaan pikap itu gagal mengelak dan merempuh ketiga-tiga pikap berkenaan.

Laporan asal : Harian Metro

[Isu] Tanah Di Tawau

Hari ini, kami mendapat satu berita yang rasanya sedikit panas. FYI, kami adalah ahli kepada satu group rahsia di Tawau. Ahli didalam group itu dijemput untuk masuk dalam group tersebut. Kebanyakan ahlinya terdiri daripada mereka yang tahu banyak perkara mengenai Tawau. Hampir semua cerita, gosip, isu semasa, seperti kes orang gantung diri di kawasan besi buruk beberapa hari lepas semua ada diceritakan didalam group ini. Dan memandangkan group ini rahsia, kami tidak boleh bagitau lebih banyak mengenai perkara dan cerita rahsia yang ada didalamnya. Kebanyakan daripadanya tidak akan dicerita secara public.



Nama dan gambar terpaksa di censored untuk menjaga kerahsiaan.

Sebagaimana yang anda baca, tindakan ini adalah sangat tidak munasabah. Kami tidak dapat mengulas lebih banyak kerana masih kurang arif dengan undang-undang tanah di Sabah. Sebenarnya, ada segelintir mentaliti orang Tawau yang beranggapan bahawa dia adalah pemilik tanah.

Dibeberapa kampung, ada sesetengah orang akan buat pagar besar-besar, letak bonggol menggunakan simen tinggi-tinggi, letak pasu bunga mereka di tengah jalan semata-mata untuk menyusahkan orang lain lalu. Mereka beranggapan bahawa jalan di depan rumah mereka adalah tanah mereka. Mereka tidak mahu orang lalu.

Kami tidak boleh bagi komen lagi sebab belum fasih mengenai undang-undang tanah, tapi kami akan cuba cari. Tetapi, kami ada satu pesanan terutamanya jika ada seorang muslim dan isu yang melibatkan tanah. Ingat kita semua akan mati.

Thursday, March 3, 2011

Gudang Rombengan Tawau

Orang yang berasal dari Tawau pastinya biasa dengan istilah "Rombengan". Di semenanjung, ianya di panggil bundle. Rombengan atau bundle ini ialah tempat dimana kita boleh membeli pakaian terpakai yang datangnya dari Korea, Jepun, China, Taiwan dan USA.

Bagi sesetengah individu yang mindanya tertutup, rombengan ini ialah tempat orang yang tiada kelas kerana pakaian terpakai. Pertama, anda salah. Dan kedua, anda juga salah. Rombengan memang tempat membeli pakaian terpakai, tetapi bukan sahaja dikunjungi oleh rakyat yang berpendapatan rendah, tetapi golongan pekerja berkolar putih juga. Mungkin ramai yang tidak percaya, tapi itulah hakikatnya.

Di Tawau sahaja ada 4 tempat dimana untuk peniaga rombengan iaitu di Kawasan sabindo, Jalan Damai, Ice Box dan juga yang terbaru, di kawasan Hill Top. Tawau yang begitu kecik ini ada 4 tempat untuk menjual rombengan. Jadi, anda boleh bayangkan bagaimana sebenarnya bisnes rombengan ini. Dan kali ini kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana keadaan sebenar didalam gudang salah satu agen barangan rombengan di Tawau.







Beginilah keadaannya. Semua stok ini untuk menampung permintaan dari penjual di sekitar Tawau dan ada juga yang di ekspport ke Indonesia.

Jadi rasanya anda sudah tahu betapa besar sebenarnya perniagaan rombengan ini. Kami sebagai salah seorang peminat barangan rombengan rasa bertanggungjawab untuk menyampai mesej ini kepada yang tidak tahu dan sering memandang sinis tentang perniagaan dan barangan rombengan ini.

Saturday, February 26, 2011

BBC visits Tawau, Sabah

Pagi ini kami terbca berita dari BRU Direct.

Some 17 members of BBC (Bersatu Bikers Club) led by the President of BBC, Awang Mustafa bin Haji Kahar have left Brunei, marking the start of their journey from Kuala Lurah Control Post for a five-day visit to Tawau, Sabah. Before leaving Kuala Lurah Control Post, a doa selamat was read by one of the BBC members to bless their voyage. Awang Mustafa bin Haji Kahar in an interview said that the aims of the ride are to foster closer ties and create a stronger bond with motorcyclists from neighbouring countries aside from visiting interesting places along the journey

17 orang ahli BBC sedang dalam perjalan ke Tawau untuk lawatan selama 5 hari. Setakat ini, kami belum ada informasi mengenai perkara ini. Tetapi, bila ada updates, kami akan maklumkan nanti. Untuk informasi mengenai Bersatu Bikers Club ini, sila ke laman web BBC.

Friday, February 25, 2011

[Tahniah]Penghargaan Buat Bloggers Dari Tawau

Bagi seorang penulis blog, penghargaan yang paling besar ialah pihak lain mengiktiraf apa yang mereka lakukan. Minggu ini adalah berita yang mungkin sedikit menggembirakan blogger-blogger dari Tawau.

Tawaubloggers mendapat satu ruangan khas di Akhbar Tanjung Metro. Ruangan bertajuk "Khabar Internet Bersama TBU" akan muncul pada setiap terbitan akhbar Tanjung Metro. Dan pada edisi 2011 bil. 11, Khabar Internet Bersama TBU muncul kali pertama dengan edisi pengenalan Mengenai TBU.



Yang paling best, muka belakang, TBU mendapat full page berwarna. Anda boleh mendapatkan akhbar Tanjung Metro di kedai-kedai buku berhampiran anda. Siapa dapat kenal muka penulis blog ini akan mendapat peluang bekenalan dengan penulis blog ini secara percuma. Oh yeahhh.




Untuk pengetahuan anda, ini bukan kali pertama TBU disebut didalam akhbar, seingat kami, TBU sudah pernah muncul 2 kali sebelum ini. Malangnya, kami tiada keratan akhbar tersebut.

Selain itu, satu lagi penghargaan kepada rakan bloggers kami. Kepada yang masih ingat, kami pernah buat post mengenai Kedai Rugby blogspot pada blog lama di tumblr. Semalam, owner Kedai Rugby Blogspot, En. Yusuf telah mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang bloggers yang berjaya menjana pendapatan melalui blog beliau.

Berita mengenai beliau boleh di baca melalui New Sabah Times edisi 24 Februari 2011.



Patut beriya-iya sms kami suruh beli New Sabah Times semalam. cehhh.

Ini merupakan satu penghargaan yang rasanya tidak dapat di beli dengan wang ringgit. Juga tidak dapat diminta begitu sahaja. Masyarakat sendiri akan menyedari samaada apa yang kita tulis itu berguna atau tidak. Yang penting ialah blog sebenarnya adalah satu medium penyampai. Terpulang dari pengendali dan penulis blog itu untuk menyampaikannya untuk tujuan baik, perniagaan atau sekadar menyebarkan berita palsu yang pastinya membawa lebih banyak keburukan.

Wednesday, February 23, 2011

[isu]Pertadingan Fotografi Festival Kebudayaan Tawau

Ada beberapa orang rakan fotografi bertanya kepada kami mengenai Pertandingan Fotografi sempena Festival Kebudayaan Tawau. Sebenarnya, kami sendiri tidak tahu apa-apa pasal pertandingan itu. Memang kami ada dengar mengenai pertandingan tersebut. Dengar cerita jumlah hadiah bernilai lebih RM 2000 jika dicampur dari pemenang dari tempat pertana hingga saguhati.

Sebenarnya, kami di Tawaubloggers dan Tawaurian tidak ada kena mengena dalam apa juga kaitan dengan pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh MyTawau. Jadi, kalau ada masalah, pertanyaan atau apa-apa yang berkaitan dengan pertandingan tersebut, sila hubungi mana-mana admin mereka pada email
  • farowk@mytawau.net
  • tawau@myself.com
  • admin@yehaa.org
  • admin@tawauclick.com.my
  • cemik@mytawau.net
Menurut sumber dari rakan fotografi, penganjur sampai sekarang cuma senyap. Dahulu, promosi bukan main heboh. Lepas itu senyap. Jadi, diharap lepas ini anda semua yang telah menghantar penyertaan boleh berhubung dengan orang yang sepatutnya. Dan orang yang sepatutnya patut keluar untuk memberi penjelasan.

Monday, February 21, 2011

Video Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia Di Taman Bukit Tawau

Anda masih ingat dengan gambar pokok tropika tertinggi di dunia di Taman Bukit Tawau yang kami post tempoh hari.?? Ini adalah video yang di upload oleh postiveworldtravel.com mengenai pokok tersebut.



Positiveworldtravel.com ini ialah dua orang rakyat Australia yang sedang mengelilingi dunia dan mereka sudah sampai di Tawau ini.

Kita mungkin mengaku lahir di Tawau. Tinggal di Tawau. Anak Jati Tawau. Tetapi, sejauh mana kita tahu mengenai Tawau. Ketepikan seketika isu semasa. Kalau orang dari Australia boleh sampai ke lokas pokok tropika tertinggi di dunia yang terletak di hutan, apa alasan anda untuk tidak sampai kesana.??

Sunday, February 20, 2011

[WTF] Video Klip Pondan Menari Di Estern Plaza Tawau



Kami jumpa video ini dari youtube. Kami tidak mahu bagi komen panjang lebar kerana akan menyinggung perasaan segelintir golongan. Tapi ini menunjukkan budaya jantina songsang sudah mula menular di Tawau ini. Sekarang, kita sudah boleh tengok golongan "sotong" dimana-mana dan perempuan bercinta dengan kaum sejenisnya.

Cukuplah kata-kata yang tidak enak pada komen-komen di youtube mengenai video ini. Apa kata anda.???

Saturday, February 19, 2011

398 Nelayan Di Tawau Terima Bantuan Elaun Sara Hidup

TAWAU, 19 Feb (Bernama) -- Seramai 398 nelayan di sini hari ini menerima bantuan elaun sara hidup nelayan sebanyak RM200 seorang bagi meringankan beban hidup golongan itu.

Bantuan yang keseluruhannya berjumlah RM79,600 dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Berucap merasmikan program itu, Tawfiq yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tawau berkata pemberian elaun itu membuktikan keseriusan kerajaan membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.

Tawfiq bagaimanapun mengingatkan nelayan supaya tidak menjadikan elaun sara hidup itu sebagai punca pendapatan utama sebaliknya hanya sebagai pendorong kepada mereka untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan pendapatan.

"Kerajaan begitu tegas dan serius menangani isu kemiskinan tegar dan miskin kerana ia merupakan punca kepada banyak masalah yang berlaku dalam masyarakat. Disebabkan kemiskinanlah ramai anak-anak tidak dapat bersekolah.

"Sebab itu, kita mahu kaum nelayan mengubah sikap. Elaun sara hidup itu harus dijadikan sebagai pendapatan tambahan. Kalau perlu, ia ditabung dan dijadikan modal untuk pelbagaikan sumber ekonomi berasaskan sumber laut," katanya.

Sementara itu, Pengarah LKIM Sabah Jamaludin Osman berkata sejak Jun 2008 hingga Febuari 2011, sebanyak RM34,310,000 telah diberi sebagai elaun sara hidup kepada nelayan Sabah dan daripada jumlah itu RM2,472,600 untuk nelayan Tawau.

BERNAMA

P.S : ini satu berita baik kerana selama ini kita selalu mendengar nasib nelayan tidak terbela. Sekarang, tiap-tiap bulan sudah ada elaun sara diri. Jadi tidak ada alasan untuk kita tidak berusaha. Orang cuma boleh tunjukkan pintu. Yang membuka pintu untuk masuk ialah kita sendiri. Pastikan orang Tawau sentiasa berdaya saing maju.

Friday, February 18, 2011

[ISU] Air di SMK Balung Tawau

Itu hari, kami ada bercerita dengan seorang pakcik-pakcik. Dia mengadu dengan kami pasal isu air di sekolah SMK Balung (SMKB) Tawau. Menurut pakcik itu, anaknya bersekolah disana dan tinggal di asrama. Satu masalah yang menghantuinya ketika ini ialah masalah air.

Air yang disalurkan untuk kegunaan di kantin sekolah dan asrama di ambil dan di pam terus dari sungai. Yang menjadi masalah ialah air itu tidak melalui apa-apa tapisan. Menurut pakcik tersebut, air yang dipam dari sungai itu terus digunakan tanpa melalui apa-apa tangki. Dan air tersebut bukanlah air yang begitu bersih. Ini kerana, sebagaimana yang kita tahu, di kawasan balung dan keatas banyak ladang kelapa sawit. Yang di khuatirkan ialah sekiranya ada racun rumpai dari ladang kelapa sawit mengalir terus ke sungai balung.

Pakcik itu juga bertanya kepada kami dengan siapa dia boleh mengadu. Jabatan pendidikan.?? ini masalah air. Jabatan air.?? air tersebut datang dari sungai dan bukan melalui paip jabatan air. Jabatan kesihatan.?? setakat ini tiada kes keracunan atau apa-apa lagi dilaporkan. Jadi, dia tidak tahu mahu mengadu sama siapa. Menurut pakcik tersebut lagi, setiap minggu dia membelikan air sekotak air mineral untuk kegunaan anaknya minum kerana khuatir air dari sungai itu akan memudaratkan kesihatan anaknya.

Kami mencadangkan pakcik tersebut untuk berjumpa dengan pihak pentadbiran SMK Balung dan berbincang dengan mereka mengenai masalah ini. Kalau tidak pun boleh buat aduan kepada persatuan PIBG sekolah.

Jadi, disini kami ingin bertanya kepada para pembaca. Dimana lagi boleh pakcik tersebut membuat aduan mengenai masalah ini.??

Petronas Street Smart di Tawau

Pagi tadi, kami singgah mengisi minyak dan ternampak brochure ini.



Program Street Smart : Lesson For Life ini adalah satu program yang dibuat khas untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pemandu yang selalu memandu secara tidak berhemah. Kepada pengikut kami di twitter, pasti biasa melihat kami mencarut kepada pemandu yang tidak tahu berhenti di simpang dan bulatan. Jadi, kami rasa program ini sesuai kerana aktiviti yang diadakan pun agak bersesuaian kerana lebih kerapa program kesedaran jalan raya.

Antara program yang bakal di adakan ialah :
  1. Pertunjukkan dan Kuiz Keselematan Jalanraya
  2. Pertandingan Mewarna
  3. Bengkel keselamatan Jalanraya
  4. Mencari Perkataan Tersembunyi
  5. Aktiviti Keluarga
Program ini adakan diadakan di Perpustakaan Wilayah Tawau dari 19 Februari 2011 sehingga 6 Mac 2011. Jadi, datanglah beramai-ramai.!!

Thursday, February 17, 2011

Tajaan Perbelanjaan Kepada Belia oleh Pergerakan Pemuda Umno Tawau

Ini berita yang baru kami dapat dari rakan di puadede.com.



Pergerakan Pemuda UMNO Tawau bersedia menaja perbelanjaan kepada mana-mana belia Tawau yang berani berenang ke Nunukan melalui Teluk Cowie Bay.

Ok, ini satu peluang yang bagus. Memandangkan selama ini kami biasa dengar ada suara-suara sumbang yang selalu mengatakan macam mana anak Tawau mahu berjaya kalau tidak di beri peluang. Tidak di beri sokongan dan yang paling penting, tiada *ehem-ehem* tajaan. Sekarang, sudah ada peluang, sokongan dan tajaan. Ada berani.??


Sunday, February 13, 2011

Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia di Taman Bukit Tawau

Walaupun kami tidak mempunyai 5DMII, kami berjaya mengambil gambar pokok tertinggi secara menegak.



Ini adalah pokok tropika tertinggi didunia. Dari spesies Seraya Kuning Siput dan setinggi 88.32 M. Pacat dan hujan bukan halangan kerana bagi kami, cuma seperti bermain di belakang rumah sahaja. Jarak antara perjalanan ialah 900 meter dari pejabat Taman Bukit Tawau dan merentasi sedikit gunung. Tapi, kalau ini kali pertama anda kesana, sila bawa orang yang ada sedikit pengalaman macam *ehem-ehem* kami. hehehe..

Rombongan kami kesana disertai oleh Puadede.com, Lisa Ali, adik Lisa Ali, Budaini.com dan Sudir Suichi. Yang lain menarik diri di saat-saat akhir kerana ada komitmen lain. Tetapi, lain kali kami akan ke sini lagi dengan rombongan yang lebih ramai.

P.S : gambar lain akan menyusul pada entri berikutnya.

Saturday, February 12, 2011

Tiada arahan ibu bapa, pelajar perlu sahkan dokumen di JPN

TAWAU: Jabatan Pelajaran Sabah tidak pernah mengeluarkan arahan bahawa ibu bapa dan pelajar mesti mendapatkan pengesahan dokumen seperti kad pengenalan dan surat lahir dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum berurusan dengan jabatan itu.

Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin, berkata ibu bapa dan pelajar sebaliknya boleh mendapatkan pengesahan itu daripada pegawai kumpulan A atau mana-mana pegawai kerajaan yang dibenar mengesahkan dokumen.

"Oleh itu, ibu bapa dan pelajar tidak perlu bersesak-sesak di pejabat JPN untuk mengesahkan dokumen mereka seperti yang berlaku kebelakangan ini," katanya selepas melancarkan Program Hari Bertemu Pelanggan jabatan berkenaan di Dewan Masyarakat di sini, hari ini.

Difahamkan sekurang-sekurangnya tiga Pejabat Pelajaran di Sabah termasuk Tawau, Sandakan dan Lahad Datu yang mensyaratkan dokumen ibu bapa/penjaga dan pelajar perlu disahkan JPN sebelum berurusan dengan Pejabat Pelajaran.

Malah, bukan saja murid Tahun Satu dikenakan syarat berkenaan malah meliputi pelajar yang ingin mendaftar memasuki Tingkatan Satu.

Muhiddin berkata, apa yang diperlukan ketika berurusan dengan Pejabat Pelajaran ialah ibu bapa atau penjaga atau pelajar membawa salinan yang telah disahkan beserta dokumen asal untuk diteliti.

Mengulas masalah keselamatan bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, SK Pasir Putih dan SK Kukusan, Muhiddin berkata, Jabatan Pelajaran Sabah telah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan lanjut.

"Kami menyedari sebahagian daripada bangunan ketiga-tiga sekolah berkenaan tidak selamat digunakan. Namun demi pendidikan pelajar di situ, kami terpaksa gunakan," katanya.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak risau mengenai keselamatan anak-anak mereka kerana bangunan sekolah berkenaan sentiasa dipantau demi keselamatan lebih 1,000 murid sekolah terbabit. - BERNAMA

Sumber oleh Berita Harian.


P.S : Ramai orang yang tidak tahu sebenarnya kita boleh mengesahkah dokumen dengan orang yang di beri kuasa. Tetapi, kerana terlalu percaya khabar angin dan tidak mahu mencari kebenaran, ramai penduduk Tawau masih ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan dokumen mereka. Oleh itu, sekiranya anda sudah mengetahui perkara ini, sila sebarkan kepada yang tidak tahu kerana menyampaikan sesuatu yang baik itu adalah tanggungjawab kita.

Kompleks Pelabuhan Baru Tawau

Soalan : kepada followers kami di Twitter. Masih ingat ini tweet.??



Sebagaimana yang kami tweetkan semalam, kami mendapat peluang melihat pelan Kompleks Pelabuhan Baru Tawau. How did we get that.? lets just say we have friend of a friend from the inside. Muahahahaha.

Tetapi, kami tidak boleh snap dengan lebih detail kerana kami tidak menggunakan 5DMII. Mungkin suatu hari nanti. Tapi yang penting, pelan itu memang betul-betul ada dan Kompleks Pelabuhan Baru Tawau ini dikatakan yang paling canggih di Sabah.



Kalau mengikut pemahaman kami berdasarkan lukisan plan tersebut, kawasan pasar ikan dan SAFMA akan di naiktaraf. Bangunan 2 tingkat akan didirkan di kawasan tersebut dan akan menempatkan Pejabat Imigresen, lot-lot kedai dan tempat makan. Kedudukan Pasar Ikan Tawau masih belum diketahui apakah berada pada kompleks bangunan yang sama atau dipindahkan ke satu tempat baru. Sama-sama kita nantikan.



Ini adalah detail untuk projek tersebut. Pemilik tanah ialah Sabah port. Pembangun ialah Fokasjadi Sdn. Bhd dan arkitek ialah Innotech Design Architects Sdn. Bhd. Menurut khabar angin, projek ini bernilai RM 50 juta dan dikatakan bermula pada 2013.

Sama-sama kita nantikan updates mengenai projek ini. Sekiranya ada informasi dan updates, kami akan postkan melalui twitter kami terlebih dahulu.

Sekarang anda sudah ada sebab untuk mengikut kami di twitter kerana segala cerita, khabar angin dan gosip-gosip panas akan keluar dari twitter kami terlebih dahulu.

Friday, February 11, 2011

Berita Lama TV3 : Nahas Pesawat MAS di Tawau (1995)

Ketika sedang melayan video ehem-ehem (LOL) di youtube tadi, kami terjumpa video mengenai pesawat MAS yang terhempas di Tawau pada tahun 1995. Kepada yang tidak pernah tengok berita ini, boleh saksikan video dibawah.



Mari kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa trajedi nahas pesawat MAS di Tawau pada tahun 1995. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

[kredit video kepada uploader asal - rangkaian92]

P.S : tiada video ehem-ehem di youtube. haha.

Gempa Bumi di Tawau.



[kredit gambar dari puadede]

Dipetik dari kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Celebes Sea pada pukul 10.42 malam 10 Februari 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 4.0 Utara longitud 123.2 Timur. 543km tenggara Kunak, Sabah.

Thursday, February 10, 2011

Lelaki Nogori Kayuh Basikal Dari Kuching Ke Tawau

TAWAU, 10 Feb (Bernama) — Faktor usia tidak menghalang Zainuddin Haron menamatkan cabaran berbasikal – Kayuhan Solo Borneo 1Malaysia dari Kuching, Sarawak ke Tawau dalam tempoh masa 10 hari.

Zainuddin berjaya menamatkan cabaran itu di perkarangan Pejabat Majlis Perbandaran Tawau (MPT) kira-kira jam 3.00 petang tadi, disambut oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Pang Yuk Ming dan presiden MPT Ismail Mayakub.

Penunggang berasal dari Paroi, Negeri Sembilan itu melahirkan rasa terharu kerana tidak menduga akan mendapat sambutan meriah di lokasi terakhirnya.

Katanya, cabaran paling besar dihadapi sepanjang perjalanan adalah ketika mengharungi Banjaran Crocker dari Tamparuli ke Kota Kinabalu kerana kesukaran menaiki bukit.

Bagaimanapun, kesukaran itu langsung tidak mematahkan semangatnya kerana beliau ingin membuktikan bahawa beliau mampu melakukan sesuatu yang membanggakan walaupun usianya sudah menjangkau 50 tahun.

“Idea kayuhan solo ini timbul apabila Perdana Menteri mencetuskan konsep 1Malaysia,” katanya yang telahpun mendapat tawaran mewakili negara dalam pertandingan berbasikal veteran di luar negara dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, Zainuddin turut melakukan kayuhan solo sejauh 2,200 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia dari Putrajaya dan kembali ke tempat sama, pada tahun lepas.

Sebagai persediaan, beliau melakukan latihan insentif berbasikal sejauh 200 kilometer setiap hujung minggu di Semenanjung.

Beliau berharap usahanya akan dicontohi oleh golongan belia di negara ini demi memartabatkan sukan berbasikal di samping menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan berfaedah. — BERNAMA

[sumber : Sarawakupdate.com]

Taman Tikus Tawau a.k.a Taman Sabindo



Rasanya mungkin semua orang Tawau familiar dengan tempat di atas. Tempat ini dinamakan Taman Sabindo. Tapi, orang Tawau memanggilnya Taman Tikus. Apa sebab nama Taman Tikus itu kami kurang pasti. Tapi orang lama cakap dulu ini tempat banyak Tikus. So, itu pasal dia punya tempat nama Taman Tikus.

Sekilas pandang, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku disini. Tapi sebenarnya, tempat ini sentiasa di penuhi kerana terdapat beberapa aktiviti perekonomian yang berlaku disini. Tempat makan, rombengan a.k.a bundle, tempat menjahit kasut dan deretan pelbagai jenis kedai semua berada di sini. All in one place. Tapi satu benda yang menyedihkan kami ialah tempat ini seumpama terbiar dan tidak dijaga dengan bagus.



Bagi kami, tempat ini agak kotor.



Sampah di buang merata-rata. Seperti gambar diatas. Kadang kami melihat sekiranya sampah sudah penuh, ianya dibakar disitu juga. Iya, di situ juga.



Lalang dan rumput tumbuh liar merata di kawasan ini.



Longgokkan botol-botol minuman yang terbiar. Sudah agak lama benda ini kami perasan tidak di pungut atau di uruskan dengan betul. Keadaan ini adalah bahaya kerana mampu mencederakan pejalan kaki yang lalu lintas sekiranya ada botol-botol yang pecah.



Papan tanda yang sudah lama dan agak rosak. Ini juga menjadi tempat longgokkan sampah dari orang yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, disini kami ada beberapa cadangan untuk pihak Majlis perbandaran Tawau.
  1. Sediakan tong sampah. Kami perasan tiada tong sampah di kawasan ini kecuali di lorong belakang dereta kedai dan satu tong sampah di hadapan kedai lampu berhadapan dengan tempat ini. Lebih baik, sediakan tong sampah kitar semula. Memandangkan disini banyak orang suka buang botol, tin dan plastik-plastik, maka lebih elok jika tong sampah kitar semula itu disediakan.
  2. Baik pulih tempat ini. Sistem saliran di tempat ini sudah tersumbat kerana bangunan yang tidak siap di sebelah jalan Tai Yang Supermarket. Oleh itu, adalah lebih bagus jika bangunan itu diteruskan pemibinaannya kerana tempat itu mencacatkan pemandangan. Lebih bagus, jika bangunan itu dimajukan kemudian di sewakan kepada peniaga rombengan. Nampak lebih "class" sikit.
  3. Pembersihan berskala di kawasan ini. Terutamnya pemotongan rumput. Mungkin sebulan sekali atau dua kali rumput di kawasan ini patut di potong supaya nampak lebih kemas.
  4. Bina satu landmark di kawasan ini. Dari apa yang kami dapat perhatikan, kawasan ini memang menjadi tumpuan. Maka, adalah lebih elok jika satu landmark dapat dibuat kemudian tempat ini dijadikan tempat untuk beriadah di waktu petang.
Itu antara cadangan yang dapat kami fikirkan. Lagipun, sangat sayang tempat yang kedudukannya strategik tidak di baik pulih. Apa yang penting ialah untuk menaik taraf bandar Tawau, kebersihan adalah satu faktor yang penting. Bagi kami, kempen kebersihan dan anti kutu sampah yang di jalankan oleh MPT adalah satu usaha murni. Tetapi, sekiranya kempen tanpa ada tindakan susulan adalah sesuatu yang sia-sia.

Kearah Tawau yang lebih baik. Ada cadangan lain.?? boleh kongsi di ruangan komen di bawah.

Artis Tawau

Semalam kami menerima jemputan ke rumah Datuk Liew Yun Fah untuk jamuan sempena Tahun Baru Cina. Acara ini khas untuk persatuan persatuan belia Tawau. Dan kami datang atas tiket Tawaubloggers.



Kepada followers kami di Twitter, pasti terbaca tweet ini semalam. Ya, memang kami ada rakaman video Datuk Liew menyanyikan lagu Terima Kasih. Tetapi, memori kad kami sedang menghadapi sedikit masalah dan video tersebut sedang di recover. Kalau berjaya, kami akan upload untuk tatapan anda. Ini bukan kali pertama kami menyaksikan Datuk Liew menyanyikan lagu tersebut. Kali pertama ialah ketika Majlis Oscar Night anjuran SM Teknik Tawau di Hotel Promenade suatu ketika dulu.

Anyway, semalam ada beberapa orang yang kami rasa memang berbakat dalam bidang nyanyian.



Brader ini dari group Highway Star memang sebijik macam Mus dari kumpulan May. Suara memang sedap walaupun sedikit serak.



Ini ialah penyanyi benci tapi lindu rindu. Walaupun berbangsa cina, tapi dapat membawakan lagu melayu dengan baik. Suaranya pun manis.



Dan ini artis lelaki dari korea. Manakala yang perempuan pula adalah orang Tawau yang pernah bertanding di Taiwan dan mendapat top 6 kalau menurut informasi. Tapi kami tidak dapat nama kesemua artis tersebut. Jadi sesiapa yang ada informasi mengenai mereka, sila updatekan kami di ruangan komen ok.??

P.S : Genius. MPT patut buat begini.
P.S.S : Follow kami di twitter untuk updates dari Tawau. - Tawauonline